Cerita terbaru

Datuk bersama dua cucu disemadi dalam satu liang lahat



Ceritainstant
-  Syawal ini menjadi saat penuh pilu bagi sebuah keluarga di sini apabila arwah Sujai Jaraee, 72 tahun, dikebumi dalam satu liang lahat bersama dua cucunya Mohd Alyeff Ong dan Mohd Zafri Wasli awal pagi ini.

Datuk dan dua sepupu itu, masing-masing berusia 13 tahun, ditemui lemas selepas terjatuh ke Sungai Marudi ketika memancing di atas bot ekspres yang diletak di Jeti Ekpres Marudi pada Jumaat.


Jenazah mereka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Marudi.
Kehilangan dua remaja berkenaan diketahui setelah orang awam menemui mayat Sujai terapung di tebingan sungai dan menghubungi polis sebelum memaklumkan kepada keluarga mereka.

Menurut maklumat keluarga, pada jam 6.30 pagi sebelum kejadian, Sujai bersama Mohd Alyeff  dan Mohd Zafir pergi memancing di lokasi kejadian.


Susulan maklumat itu, pasukan bomba melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan teknik ‘surface searching’ dengan bot sekitar radius satu kilometer.

Pencarian di sekitar tebing sungai turut dilakukan menggunakan kaedah 'grappling iron', memancing dan menjala sehingga kedua-dua mayat remaja berkenaan ditemui semalam.