Cerita terbaru

Cerita Kreta Mayat Yang Jalan Sendiri

Cerita Hantu - Alkisahnya, dua malam lepas, aku ada ikut program jati diri, jam 12 malam, kitaorang kena berjalan seorang diri di jalan kampung yang jauh dari rumah orang, di tepi sungai dekat hutan yang gelap gelita.
Cara berjalan, peserta akan jalan sorang sorang hingga hilang dari mata, baru peserta lain akan jalan, lebih kurang dua kilometer, tak boleh bawak lampu, tak boleh bawak senjata.

Maka berjalanlah aku dalam kegelapan malam, hanya di temani cahaya bulan, dan ada terlihat beberapa ekor kelip kelip terbang mencantikkan lagi kegelapan malam.

Sedang asyik berjalan, aku nampak ada objek putih atas pokok, macam hantu pocong. Aku dah agak, ni nak takutkan aku lah ni, siap gantung pocong palsu atas pokok, sebab nampak berayun. Bila dah lalu dekat, tiba tiba pocong ni menggelunsur turun!

Terkejut aku, terus aku dakwah pocong tu: La Ila HaillaLlah!

Pocong tu berhenti dan aku tunggu orang keluar gelak ke, ambik gambar ke, tapi suasana senyap dan sepi, takde siapa siapa, hanya aku dan pocong yang berdiri dalam gelap malam, aku teruskan perjalanan dan toleh belakang, pocong tu masih kekal di situ.

Dalam hati aku, ni jin betul ke, atau prank, lantaklah, aku teruskan perjalanan.

Dari jauh aku dengar ada suara orang menjerit, aku tahu tentu peserta kat depan dah kena sakat dengan hantu, dan aku teruskan melangkah, rasa teruja nak tengok hantu seterusnya seram setakat mana.

Lama berjalan, Nampak ada objek putih berdiri didepan, macam puntinak, angin bertipu kainnya, aku semakin hamper dan dia tak beredar, jalan sempit, aku nak sentuh dia? Atau lalu ikut jalan lain? Tapi takde pilihan, aku kena berselisih bahu dengan dia.

Dalam hati, jika hantu betul, dia serang aku, takde senjata ni, tengok juga kat bawah kaki kot ada kayu buat senjata, tapi gelap sangat, arghh, redah jelah, orang pakai topeng puntianak jer ni, buat apa nak takut.

Baru nak dekat, tiba tiba dari arah kiri muncul sekor lagi puntianak berlari serbu aku dengan jeritan seram, aku tenang dan bagi salam.

Puntianak tu berhenti dan jawab salam, suara lelaki: dah agak, orang…
Tak seram langsung, ha ha ha.

Aku teruskan perjalanan dan takde hantu lagi kacau aku.

Habis program, baru aku tahu diorang memang sengaja tak bagitahu ada kejutan hantu tu, sajer nak test peserta, ada peserta yang menangis, menjerit, terkencing tak tahulah.

Paling best, bila ada peserta jumpa hantu betul, sebab hantu berlakon tu hanya tiga, tapi ada yang jumpa empat hantu.

Untunglah dia.